Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta.
Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.
Keperluan:
Bahan :
1) Minyak Pelincir Enjin
2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
3) Drain Plug Washier
Alat/Perkakas :
1) Item Perlindungan Kederaan
Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)
Lapik Lantai ( Floor Mats)
Seat Cover (Pelapik kusyen)
Steering Cover (Pelapik Stereng)
2) Peralatan Perlindungan Diri
Baju Bengkel
Sarung tangan (kain)
Kasut keselamatan (Safety Boot)
3) Alatan Tangan
Common Ring @ Socket Spannar
Special Tool (Pembuka Penapis minyak pelincir)
4) Penyangga
Jek buaya
Penyangga Keselamatan (Safety Stand)
5) Takungan minyak (waste oil pan)
6) Kain perca (Cotton waste)
Metodologi :
1) Pastikan mengikut manual kenderaan tersebut ( Bagi kenderaan yang tertentu) .
2) Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri
Fender Cover
Seat Cover
Floor Mats
Steering Cover
Pakaian Bengkel
Kasut keselamatan
Sarung Tangan
3) Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya
4) Memasang sangga keselamatan (Safety Stand)
Pastikan stand diletakkan pada kedudukan yang betul dan rata pada bahagian bawah kenderaan supaya lantai kenderaan tidak kemek (Rujuk buku manual kenderaan sekiranya ada)
5) Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin ( Oil Sump)
6) Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)
7) Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)
8) Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.
9) Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.
9) Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil dipstick)
Pastikan minyak berada pada aras penuh pada bahagian penanda aras dipstick.
10) Start enjin kenderaan dan lihat kebocoran pada bahagian drain plug dan oil filter jika ada.
11) Menampal pelekat servis pada cermin kenderaan untuk tujuan servis seterusnya.
No comments:
Post a Comment