Thursday, March 12, 2015

Cukai Taksiran Dan Cukai Tanah.

Cukai Taksiran

Cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran yang meliputi bangunan kediaman, bangunan perniagaan/perdagangan, bengkel, stesen minyak dan panggung wayang dan tidak lupa pula bangunan perindustrian. Selalunya cukai ini melibatkan dua kali pembayaran (setahun) iaitu :
– pembayaran pertama dari bulan 1 hingga 6
– pembayaran kedua dari bulan 7 hingga 12

Apa hak anda : Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mingkin sekiranya pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja sampah.

Tindakan yang boleh di ambil oleh pihak berkuasa sekiranya anda tidak membayarnya: Akan di denda pada kadar tertentu sekiranya anda lambat bayar dari tarikh yang disediakan (1 – 6 : bayar sebelum 28hb Februari dan 7 – 12 : bayar sebelum 31hb Ogos). Waran tahanan boleh dikeluarkan di bawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan.

Cukai Tanah


Cukai ini ditakrifkan sebagai apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai cukai sewa. ia juga merupakan apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah atau apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa.

Tindakan yang boleh di ambil oleh pihak berkuasa sekiranya anda tidak membayarnya:Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:
individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun / jumlah tunggakan melebihi RM 500.
syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun / jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.

Sekiranya anda atau syarikat yang masih gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A itu, perintah melucuthak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah anda.


Cara check cukai. 

(Pertanyaan Cukai)

http://aduan.mpklang.gov.my/ecukai/Cari.htm





No comments:

Post a Comment

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...