Tuesday, March 17, 2015

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014



Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014

Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.

Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan

Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran. Anda wajib tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
  1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  2. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  3. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  4. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  5. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli. Kalau nak fotostat disana tidak boleh dan kalau ada pun kos mahal 50sen sekeping.
  6. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  7. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
  8. Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja.
  9. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.Malas nak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh beli insuran takaful kenderaan dengan kami. Cuma mesej nama dan nombor mykad pembeli ke 019-2839090 dan beritahu kami anda hendak beli kenderaan baru pada tarikh sekian-sekian.
  10. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  11. Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  13. Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  14. Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja.
  15. Ambil nombor giliran dan tunggu.
  16. Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  17. Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  18. Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
  19. Selesai.
Itu dia prosidur baru untuk tukar hakmilik kenderaan yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2014 ini.
Terima kasih kerana membaca. Sila jemput datang lagi untuk panduan-panduan dan maklumat lain yang berguna dan terkini.

No comments:

Post a Comment

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...