Sunday, March 15, 2015

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
  1. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
    Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;

    Jabatan Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Aras Tanah, Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10
    Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor


  2. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
  3. Mengira cukai pendapatan.
  4. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
  5. Membayar cukai kena dibayar.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
  1. Borang EA/EC,
  2. Baucar dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit pembayaran zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)
  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.


Sistem Taksir Sendiri

 
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.

No comments:

Post a Comment

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...