Wednesday, April 8, 2015

Cara-cara nk renew roadtax and insurance

Cara-cara nk renew roadtax and insurance
Roadtax and insurance benda yg penting kena ada bila kita ada kenderaan. Kalau xda roadtax boleh kena saman dgn tuan trafik atas sebab melanggar undang-undang negara. Kalau xda insurance n tetiba terlibat dgn kemalangan, tiada perlindungan ke atas kerugian yg di alami.. Kalau di Malaysia, semua kenderaan mesti ada at least third party insurance. Ada 2 jenis insurans yg kita boleh pilih :
a) Comprehensive- untuk cover kerugian kita dan pihak ketiga yg terlibat dalam kemalangan yg sama
b) Third party- untuk cover kerugian pihak ketiga saja. Kerugian kita cover la sdri guna duit simpanan (kalau ada, kalau x da guling2 dulu kut2 nnt dpt la jalan kt mana nk boleh dpt duit)

Premium (utk insurans conventional) atau Contribution (dlm istilah Takaful -Islamic insurance) adalah bayaran yg perlu kita bayar utk setahun. Nilai Premium atau contribution ni dinilai dari jumlah yang diinsuranskan. Selalunya, bayaran utk kali pertama insurance ni akan lebih mahal. Utk tahun2 kemudian nilai premium/contribution akan jd lebih murah dari tahun ke tahun. Sebab-sebabnya adalah kereta/motor adalah aset tak x tetap- jd nilai aset akan susut dari tahun ke tahun. kalau nilai dah susut mesti lah nilai yg diinsurankan turut tersusut kan3..xkan lah nk insurkan *eerr ada ka ayat insurkan??* nilai insuran lbh dari nilai kereta sebenar kan3..selain tu utk renew seterusnya kita akan dapat NCD (No Claim Discount) sebanyak 25% utk thn kedua, 30% utk thn ketiga dan peratus ni meningkat setiap thn..jadi, lg murah la kita bayar nilai premium and coverage setiap tahun.

Untuk renew roadtax dan insurance kereta/motor ada 3 cara:

1) Sendiri pergi ke JPJ / Insurance Agent / Pejabat Pos
Renew roadtax boleh buat kat JPJ,kemudian kena pegi kat insurance agent yg kita nak utk renew insurance pulak.Susah la sket kena pegi byk tempat. Tapi rasanya ada JPJ yg ada booth utk insurance agent.
Kalau kat Pejabat Pos boleh renew dua2..sgt sure boleh.hehe so nk senang buat kt Pejabat Pos sudah.
Dokumen - dokumen yang perlu dibawa:
a) Geran Asal
b) Sijil Insurance yg lama
c) Duit yg mencukupi.
Pegi kt Pejabat pos, amik nombor, tunggu giliran, smpai masa, ckp dgn pegawai pos tu nk renew and bg semua dokumen kat dia. zap zup zap zup..tadaaaaa!! dia bg sijil/polisi insurance yg baru dan roadtax yg baru. dah siap..pastu masuk keta pap! lekat roadtax baru kat cermin keta,kalau motor x boleh lekat, simpan lah kt mana2 yg senang dibawa slalu.

2) Melalui http://www.myeg.com.my/index.html



Sangat la best boleh renew via online sahaja..tetapi perkhidmatan ini adalah utk KERETA SAHAJA , SISTEM BELUM LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI UNTUK MOTORSIKAL ATAU
KENDERAAN OKU. Terima kasih kakak pejabat pos, kerana andA sy research sendiri jwpan yg sy tnya td. X kawen lagi pn dh tau juga kak..

Cara-cara nya..memula register dulu bg yg masih blum ada akaun. Kemudian klik pautan JPJ utk renew roadtax, kemudian langkah seterusnya dia akan tnya nk x renew insurance. Pilih syarikat insurance yg kita nak, isi semua tempat kosong yg wajib diisi, then bayar guna online banking atau credit card..Nanti drg akan pos roadtax n polisi insuran kt alamat yg korang  nak. Siappp!

3) Melalui agent.
Yang ni kita suruh je la agent buat.Senang ja. Bayaran mesti mahal sket dari biasa sbb tambah upah agen.Tapi owh tapi kena ingat risiko nk kena tipu, nak nak pulak perempuan yg x kawen lg ni kan..Pandangan saya, utk kali pertama baiklah buat sendiri, tahu sikit2 pasal benda ni, lps tu kalau bz sgt upah la org buatkan. bukan apa, kalau dh tau sikit2, nnti kalau x puas hati boleh ada sebab yg munasabah utk x puas hati n boleh la tnya balik kan. Ye dak?

Semoga tips ni dapat membantu sesape yg nk renew roadtax n insurance masing2. Good Luck!

Updated: Nilai minimum yg diinsurankan utk Comprehensive bg etiqa Takaful adalah RM12,000..Bagi beberapa  Insuran lain masih terdapat nilai minimum RM 10,000..Nilai minimum adalah tetap walaupun nilai kereta menjadi susut. *xsuka dgn undang2 terbaru ni*

May peace be upon you..Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...