Sunday, January 18, 2015
Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta
Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta.
Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.
Keperluan:
Bahan :
1) Minyak Pelincir Enjin
2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
3) Drain Plug Washier
Alat/Perkakas :
1) Item Perlindungan Kederaan
Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)
Lapik Lantai ( Floor Mats)
Seat Cover (Pelapik kusyen)
Steering Cover (Pelapik Stereng)
2) Peralatan Perlindungan Diri
Baju Bengkel
Sarung tangan (kain)
Kasut keselamatan (Safety Boot)
3) Alatan Tangan
Common Ring @ Socket Spannar
Special Tool (Pembuka Penapis minyak pelincir)
4) Penyangga
Jek buaya
Penyangga Keselamatan (Safety Stand)
5) Takungan minyak (waste oil pan)
6) Kain perca (Cotton waste)
Metodologi :
1) Pastikan mengikut manual kenderaan tersebut ( Bagi kenderaan yang tertentu) .
2) Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri
Fender Cover
Seat Cover
Floor Mats
Steering Cover
Pakaian Bengkel
Kasut keselamatan
Sarung Tangan
3) Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya
4) Memasang sangga keselamatan (Safety Stand)
Pastikan stand diletakkan pada kedudukan yang betul dan rata pada bahagian bawah kenderaan supaya lantai kenderaan tidak kemek (Rujuk buku manual kenderaan sekiranya ada)
5) Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin ( Oil Sump)
Minyak buangan tadi ditakung menggunakan bekas dan pastikan tidak melimpah. Buka penutup tempat pengisian minyak untuk tujuan pengaliran udara supaya minyak mengalir keluar dengan lancar.
6) Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)
Spanar khas diperlukan untuk membuka penapis minyak ini (Oil filter wrench)
7) Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)
8) Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.
9) Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.
Gred Minyak enjin yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian enjin. (rujuk manual servis kenderaan)
9) Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil dipstick)
Pastikan minyak berada pada aras penuh pada bahagian penanda aras dipstick.
10) Start enjin kenderaan dan lihat kebocoran pada bahagian drain plug dan oil filter jika ada.
11) Menampal pelekat servis pada cermin kenderaan untuk tujuan servis seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku
Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...
-
Tutorial cara isi e-Filing LHDN Assalamualaikum.. Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat n...
-
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah . Tahniah buat anda. Dan kepada y...
-
Top Overhaul dan Full Overhaul Motorsikal Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..Ada yang cakap overhaul sama semaksud bara...
No comments:
Post a Comment