Showing posts with label Tips Kereta. Show all posts
Showing posts with label Tips Kereta. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014



Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014

Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.

Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan

Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran. Anda wajib tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
  1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  2. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  3. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  4. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  5. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli. Kalau nak fotostat disana tidak boleh dan kalau ada pun kos mahal 50sen sekeping.
  6. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  7. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
  8. Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja.
  9. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.Malas nak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh beli insuran takaful kenderaan dengan kami. Cuma mesej nama dan nombor mykad pembeli ke 019-2839090 dan beritahu kami anda hendak beli kenderaan baru pada tarikh sekian-sekian.
  10. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  11. Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  13. Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  14. Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja.
  15. Ambil nombor giliran dan tunggu.
  16. Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  17. Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  18. Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
  19. Selesai.
Itu dia prosidur baru untuk tukar hakmilik kenderaan yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2014 ini.
Terima kasih kerana membaca. Sila jemput datang lagi untuk panduan-panduan dan maklumat lain yang berguna dan terkini.

Panduan Tukar Hak Milik Secara Sukarela





Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.
Dokumen yang diperlukan
A. KENDERAAN PERSENDIRIAN
Kenderaan Persendirian Individu
2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1
2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)
Kenderaan Persendirian Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian
2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1
2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
Bagi perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan tersebut;
Salinan dokumen pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
1 Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan); atau
2 Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak);
Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik); dan
Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)
B. KENDERAAN PERDAGANGAN
Kenderaan Perdagangan Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind.1/2012); TM-1
2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; *JPJK3 ditandatangani oleh Pengarah atau Pengurus Besar atau Setiausaha atau lain-lain pegawai syarikat berkenaan; Borang JPJ K3
Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *Bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
Salinan Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13 (Sijil Tukar Nama);
Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Ahli Lembaga Pengarah untuk menjual kenderaan berkenaan; atau Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik bagi urusan tukar milik bagi mana-mana kenderaan syarikat; salinan disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
Laporan Pemeriksaan Awalan PG11A/PG13B asal dan salinan (yang berkaitan);
Surat pembatalan permit atau ganti kenderaan pemilik asal yang dikeluarkan oleh LPKP atau Kementerian Pelancongan (jika berkenaan);
Surat kelulusan lesen atau surat kebenaran mengganti kenderaan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan atau Kementerian Pelancongan asal dan salinan bagi pemilik baru untuk kenderaan barangan dan perkhidmatan awam (jika berkenaan);
Pengisytiharan jenis barang diangkut dalam JPJK1 (bagi kenderaan decontrolled);
Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
Surat pengecualian daripada Perbendaharaan, MITI atau Kastam (jika berkenaan)

Wednesday, February 25, 2015

Perlukah Oil Treatment

Perlukah Oil Treatment



Mungkin ada diantara kita yang sering mendapatkan oil treatment sebagai tambahan kepada minyak pelincir sedia ada.

Persoalannya perlukah berbuat demikian??

Kalau diperhatikan baik-baik pembuat minyak pelincir ternama seperti Petronas, Shell dan Mobil telah menghabiskan jutaan ringgit untuk R&D minyak pelincir mereka. Pelaburan yang dibuat dalam sukan F1 bukanlah mudah dengan modal yang kecil. Ia mengamil masa yang lama untuk memastikan produk yang dikeluarkan benar-benar teruji untuk jangka hayat kenderaan korang.

Tanpa kita sedar oil treatment yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak terkenal mendakwa produk mereka boleh membaik pulih (treatment) terhadap minyak pelincir syarikat-syarikat gergasi ini. Dimana punca R&D mereka pun kita tidak tahu. Ada sesetengah mendakwa oil treatment mereka diuji oleh NASA dengan jentera penggangkut di tapak pelancaran. Sejauh mana kebenarannya masih boleh dipersoal.

Jadi, perlukah oil treatment untuk kenderaan korang??? Sekiranya oil treatment ini perlu apa tujuannya?



Kebiasaannya oil treatment digunakan untuk memekatkan minyak sediaada untuk kegunaan enjin yang sudah lusuh atau enjin tua. Sudah semestinya enjin yang lusuh dan tua telah mempunyai celahan yang besar diantara piston dan bore enjin. Maka oil treatment digunakan untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada sekaligus menutup ruang celahan piston dan bore enjin.


Dalam ertikata lain oil treatment bahan additif untuk merawat minyak enjin tetapi bahan additive untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada.

Pemilihan kelikatan minyak amat penting dalam pemilihan minyak enjin. Ia juga bergantuk kepada usia enjin kenderaan tersebut. Bagi enjin baru disyorkan untuk menggunakan kelikatan yang lebih rendah (fully syntactic) manakala enjin lama perlu kepada kelikatan yang lebih tinggi. Memadai dengan mineral oil sahaja.

Jesteru, bagi aku oil treatment ini tidaklah perlu sama sekali. Sebaliknya pilih minyak enjin yang sesuai dengan usia enjin korang dan servis enjin korang mengikut tahap yang disyorkan oleh pembuat minyak enjin. Fully Syntactic 10,000 km, Semi Syntactic 7,000 km dan Mineral 5,000 km.

Jangan terpedaya dengan iklan di kaca TV. Buat research untuk tambah pengetahuan.

Monday, January 26, 2015

10 sebab enjin tak boleh hidup !


10 sebab enjin tak boleh hidup!











Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.




Monday, January 19, 2015

Mira L200s

Mira L200s


PENGENALAN

Meneliti kereta – kereta yang diubahsuai di Malaysia, kita pastinya akan melihat kereta tempatan iaitu Proton dan Perodua. Kereta Perodua boleh dikatakan lebih kerap diubahsuai terutama Kancil yang berbentuk comel serta praktikal untuk diubasuai. Jika enjin turbo seperti GSR dan VR4 dikaitkan dengan kos penyelenggaraan tinggi, enjin L200S 660cc turbo Mira pula sebaliknya, malah ia adalah jalan terbaik dan satu-satunya pilihan enjin berkuasa termurah jika anda ingin memulihkan prestasi enjin Kancil sedia ada.

Seperti lazimnya, enjin yang sempurna, biasanya akan disusuli dengan hiasan ‘ body kit ’ baru yang lebih bergaya. Sinonim perubahan Kancil bernadikan L2, begitu juga dengan hiasan luaran dan dalamannya yang kerap disalin mengikut spesifikasi Mira yang terdiri dari pelbagai model. Kepelbagaian tersebut mendorong peminat kereta tempatan bermain Kancil.

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk panduan kepada pembaca terutama pemilik – pemilik kancil membuat ‘çonvertion’ dari Kancil ke Mira. Buku ini menunjukkan proses sebenar dimana, kereta penulis sendiri diubahsuai dari kedai potong ke bengkel, Puspakom, JPJ dan Syarikat Insuran. Ia juga memaparkan borang – borang yang perlu diisi dan kos yang ditanggung, agar dapat memudahkan pembaca membuat ‘budget’. Ia juga mengandungi cara penjagaan kereta terutamanya Enjin Mira Turbo.

Ikutilah pengalaman atau proses pengubahsuai kereta penulis dan selamat membaca.


Sunday, January 18, 2015

Asas Servis Kereta


23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta


Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya .

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta


Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta.
Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.

Keperluan:
 

Tips Asas Penjagaan Kereta


TIPS Menjaga Kereta 

1.0 TIPS ASAS PENJAGAAN KERETA

Setiap 2 minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...