Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan sendiri dilihat sebagai salah satu cara yang paling mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang itu. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang memerlukan modal yang kecil.
Pernah seorang sahabat mengajukan saya soalan sebegini:
Showing posts with label Tips Semasa. Show all posts
Showing posts with label Tips Semasa. Show all posts
Monday, June 29, 2015
Bagaimana Nak Bayar Hutang Rumah Anda Dengan Cepat?
Bagaimana Nak Bayar Hutang Rumah Anda Dengan Cepat?
Assalamualaikum semua....
Saya
memang ada special interest in property.... saya banyak membaca di
dalam bidang property... dan saya juga ada investment di dalam
properties... cumanya saya ada special interest di dalam condominium
berbanding tanah, rumah bertanah, rumah kedai dll... ini adalah kerana
pendapatan positif yang dihasilkan... kerana 1. saya tak payah keluarkan
duit sendiri tiap2 bulan (secara teorinya.. padahal bleh pengsan gak
keluar duitnya sebab kena bayar tang lain)... 2. Sebenarnya takder duit
nak beli yang mahal2. Belum mampu lagi...
Memang
pening juga nak bayar balik tiap-tiap bulan... Dan tentulah kita selalu
berharap agar kita dapat bayar pada waktu yang ditetapkan.. dan yang
paling kita harap ialah rumah kita akan kita bayar habis secepat mugkin!
Oleh itu, saya telah terjumpa satu laporan khas ( special report ) yang
ditulis oleh Azizi Ali... Muraaah... beli masa Pesta buku... Saya
cadangkan anda dapat satu copy untuk bacaan dan simpanan anda...
Biar
saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda... DI dalam
laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak
pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips
nak melangsaikan loan rumah...
Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-
Friday, April 10, 2015
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal
Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah. Tahniah buat anda. Dan kepada yang sedang mencari cara bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan dengan cepat, saya juga mengucapkan tahniah buat anda. Ini kerana anda adalah seorang yang prihatian akan kewangan anda dan tidak suka untuk berhutang begitu lama. Pada kali ini izinkan saya berkongsi HANYA SATU tips yang boleh digunakan untuk selesai bayar loan rumah dengan lebih awal.Pinjaman Perumahan.
JAN 2015: Base Rate / Kadar Asas menggantikan BLR/BFR Bermula 2015
Kebanyakan
bank utama mulai melaksanakan Kadar Asas atau Base Rate seperti yang
telah diperkenalkan oleh Bank Negara pada akhir tahun lalu.
Apa Itu Base Rate?
Impak Base Rate?
Base rate to stir up competition among banks – The Star
Maybank
kini adalah yang terendah dengan kadar asa 3.2% diikuti Public Bank
3.65%. Bank yang telah menetapkan Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Efektif
seperti Maybank dan Public Bank memiliki kelebihan kerana kekuatan
mereka dalam sektor perbankan konsumer.
Secara amnya, pengenalan framework baru Kadar Asas menggantikan BLR/BFR akan mewujudkan persaingan yang sihat yang bakal menguntungkan pengguna.
Secara amnya, pengenalan framework baru Kadar Asas menggantikan BLR/BFR akan mewujudkan persaingan yang sihat yang bakal menguntungkan pengguna.
OKT 2014: #Bajet2015 telah memperkenalkan Skim Perumahan Belia yang meliputi perkara-perkara berikut:
(a) Perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
(b) Menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran (sama seperti Skim Rumah Pertamaku, 90%+10% = 100%).
(c) Menawarkan pemilikan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berumur antara 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.
(d) Tempoh pembiayaan maksimum tidak melebihi 35 tahun.
(e) Peruntukan RM200 sebulan selama dua tahun pertama.
(f) Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.
(g) Ditawarkan secara 'first come first served basis' untuk 20,000 unit rumah sahaja.
Rumah Pertama Untuk Tinggal Sendiri Atau Pelaburan?
Rumah Pertama Untuk Tinggal Sendiri Atau Pelaburan?
Rumah macam ni jadi idaman semua orang
Semalam pergi menemani seorang rakan ke
Thriller Hartanah DSR di Bangi. Persoalan ini diutarakan dalam seminar
dan saya rasa memang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.
Mentaliti orang biasa, rumah pertama
untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau anda berfikiran
macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.
Kenapa? Pilihan Pinjaman Hartanah Fleksi vs Bukan Fleksi
Pilihan Pinjaman Hartanah Fleksi vs Bukan Fleksi
Jika anda pernah memohon untuk pinjaman rumah sebelum ini atau sedang mencari untuk mendapatkan pinjaman rumah tidak lama lagi, anda mungkin akan pilih untuk mengambil pinjaman "Flexi"
Jadi Apakah itu Pinjaman Fleksi?
Sebelum kita dapat memahami apakah sebenarnya pinjaman Flexi, kita perlu memahami prinsip-prinsip di sebalik asas term loan dan pengiraan faedah bagi pinjaman hartanah.

Wednesday, April 8, 2015
Cara-cara nk renew roadtax and insurance
Cara-cara nk renew roadtax and insurance
Roadtax and insurance benda yg penting kena ada bila kita ada kenderaan. Kalau xda roadtax boleh kena saman dgn tuan trafik atas sebab melanggar undang-undang negara. Kalau xda insurance n tetiba terlibat dgn kemalangan, tiada perlindungan ke atas kerugian yg di alami.. Kalau di Malaysia, semua kenderaan mesti ada at least third party insurance. Ada 2 jenis insurans yg kita boleh pilih :
a) Comprehensive- untuk cover kerugian kita dan pihak ketiga yg terlibat dalam kemalangan yg sama
b) Third party- untuk cover kerugian pihak ketiga saja. Kerugian kita cover la sdri guna duit simpanan (kalau ada, kalau x da guling2 dulu kut2 nnt dpt la jalan kt mana nk boleh dpt duit)
Premium (utk insurans conventional) atau Contribution (dlm istilah Takaful -Islamic insurance) adalah bayaran yg perlu kita bayar utk setahun. Nilai Premium atau contribution ni dinilai dari jumlah yang diinsuranskan. Selalunya, bayaran utk kali pertama insurance ni akan lebih mahal. Utk tahun2 kemudian nilai premium/contribution akan jd lebih murah dari tahun ke tahun. Sebab-sebabnya adalah kereta/motor adalah aset tak x tetap- jd nilai aset akan susut dari tahun ke tahun. kalau nilai dah susut mesti lah nilai yg diinsurankan turut tersusut kan3..xkan lah nk insurkan *eerr ada ka ayat insurkan??* nilai insuran lbh dari nilai kereta sebenar kan3..selain tu utk renew seterusnya kita akan dapat NCD (No Claim Discount) sebanyak 25% utk thn kedua, 30% utk thn ketiga dan peratus ni meningkat setiap thn..jadi, lg murah la kita bayar nilai premium and coverage setiap tahun.
Untuk renew roadtax dan insurance kereta/motor ada 3 cara:
1) Sendiri pergi ke JPJ / Insurance Agent / Pejabat Pos
Renew roadtax boleh buat kat JPJ,kemudian kena pegi kat insurance agent yg kita nak utk renew insurance pulak.Susah la sket kena pegi byk tempat. Tapi rasanya ada JPJ yg ada booth utk insurance agent.
Kalau kat Pejabat Pos boleh renew dua2..sgt sure boleh.hehe so nk senang buat kt Pejabat Pos sudah.
Dokumen - dokumen yang perlu dibawa:
a) Geran Asal
b) Sijil Insurance yg lama
c) Duit yg mencukupi.
Pegi kt Pejabat pos, amik nombor, tunggu giliran, smpai masa, ckp dgn pegawai pos tu nk renew and bg semua dokumen kat dia. zap zup zap zup..tadaaaaa!! dia bg sijil/polisi insurance yg baru dan roadtax yg baru. dah siap..pastu masuk keta pap! lekat roadtax baru kat cermin keta,kalau motor x boleh lekat, simpan lah kt mana2 yg senang dibawa slalu.
2) Melalui http://www.myeg.com.my/index.html
Sangat la best boleh renew via online sahaja..tetapi perkhidmatan ini adalah utk KERETA SAHAJA , SISTEM BELUM LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI UNTUK MOTORSIKAL ATAU
KENDERAAN OKU. Terima kasih kakak pejabat pos, kerana andA sy research sendiri jwpan yg sy tnya td. X kawen lagi pn dh tau juga kak..
Cara-cara nya..memula register dulu bg yg masih blum ada akaun. Kemudian klik pautan JPJ utk renew roadtax, kemudian langkah seterusnya dia akan tnya nk x renew insurance. Pilih syarikat insurance yg kita nak, isi semua tempat kosong yg wajib diisi, then bayar guna online banking atau credit card..Nanti drg akan pos roadtax n polisi insuran kt alamat yg korang nak. Siappp!
3) Melalui agent.
Yang ni kita suruh je la agent buat.Senang ja. Bayaran mesti mahal sket dari biasa sbb tambah upah agen.Tapi owh tapi kena ingat risiko nk kena tipu, nak nak pulak perempuan yg x kawen lg ni kan..Pandangan saya, utk kali pertama baiklah buat sendiri, tahu sikit2 pasal benda ni, lps tu kalau bz sgt upah la org buatkan. bukan apa, kalau dh tau sikit2, nnti kalau x puas hati boleh ada sebab yg munasabah utk x puas hati n boleh la tnya balik kan. Ye dak?
Semoga tips ni dapat membantu sesape yg nk renew roadtax n insurance masing2. Good Luck!
Updated: Nilai minimum yg diinsurankan utk Comprehensive bg etiqa Takaful adalah RM12,000..Bagi beberapa Insuran lain masih terdapat nilai minimum RM 10,000..Nilai minimum adalah tetap walaupun nilai kereta menjadi susut. *xsuka dgn undang2 terbaru ni*
May peace be upon you..Wassalam.

Friday, April 3, 2015
Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS
Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS
Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online
Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.
Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.
Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS
Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.- Masuklah ke http://saps.moe.gov.my atau SILA KLIK SINI
- Selepas klik ia akan muncul paparan seperti paparan dibawah
- Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
- Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah
- Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
- Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
- Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3.
- Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,
- Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
- Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
- Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.
Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.
Sumber : Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS
Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan
Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan
Maka, saya ambil inisiatif ini untuk memberitahu bagaimana cara nak semak nombor pendaftaran SSM perniagaan secara online.
Penting bukan sahaja kepada perniagaan itu, tetapi penting juga untuk melindungi pengguna (pelanggan). Dan kerana itu, jika anda blogger, ada bisnes dan jual produk serta servis secara online di blog atau ada blogniaga, daftarlah dengan SSM ini. Ia juga merupakan salah satu tips perniagaan online - blogshop yang saya pernah kongsikan di entri ini - 7 Tips Blogniaga Menerima Pengunjung
Ok. Itu untuk blogger yang ada blog niaga atau blog shop ... dengan kata lain ada bisnes online. Sekarang, untuk bakal pelanggan, pembeli, yang suka shopping online, yang suka beli belah di facebook, di blog, di instagram .. nak semak pendaftaran SSM sesuatu perniagaan, bolehlah ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Bagaimana Buat Semakan Pendaftaran SSM Perniagaan Secara Online
Langkah Pertama
Buka laman web ini - https://www.ssm-einfo.my. Memandangkan ia sebuah laman web secure https; saya sangat syorkan anda buka menggunakan Crome atau Internet Explorer. Setakat entri ini ditulis, apabila saya buka guna Firefox, ia ada masalah nak loading.Jika dah daftar sebelum ini, masukkan username dan password. Jika belum atau tak pasti, klik bahagian bawah tu .. Register e-Account. Pendaftaran percuma.

Kemudian, klik terma syarat tu, dan klik Submit. Selang beberapa minit, semak email anda. Anda akan dapat satu pemberitahuan mengenai pendaftaran anda - ada username serta password.

Langkah Kedua
Apabila selamat daftar. Anda kembali ke laman web SSM e-Info tadi. Login menggunakan username dan password anda. Sekali lagi, image verification masukkan dengan betul. Klik submit.
Langkah Ketiga
Setelah anda klik butang submit tadi, anda akan diberikan paparan seperti di bawah ini. Pilih Search seperti ditunjukkan.
Langkah Keempat
Anda kini sudah boleh semakan pendaftaran SSM mana-mana perniagaan samada online atau offline. Ada dua cara, samada menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut atau menggunakan nama perniagaan. Anda harus tahu, nama syarikat adalah tidak sama dengan nama perniagaan. Ada syarikat yang boleh ada dua perniagaan. - dengan nama lain-lain. Jadi jangan keliru.
Selesai.
Harapnya dengan perkongsian ini, dapatlah anda sebagai pengguna, sebagai kaki shopping online periksa dan menyemak nombor pendaftaran SSM sesebuah syarikat atau perniagaan online dengan mudah.
Sebelum ini ada satu aplikasi tu dalam Google Play, tetapi saya lupa. Tak tahu samada masih ada atau boleh digunakan lagi untuk buat semakan seperti di atas.
Semoga bermanfaat. In Sha Allah.
Sumber: 4 Langkah Semak Pendaftaran SSM Perniagaan Online http://www.hasrulhassan.com/2014/10/semak-online-pendaftaran-ssm-perniagaan.html#ixzz3WECm56tv
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Thursday, April 2, 2015
Tutorial cara isi e-Filing LHDN
Tutorial cara isi e-Filing LHDN
Assalamualaikum..Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat nak tolong orang lain isi. Tak payah susah2 nak start enjin keta g kat LHDN pastu beratur lama2 nak tunggu turn nak isi kat komputer deorang. Kita pon ada internet apa kannnn? Tak yah pakai internet deorang (ayat berlagak huhhh!)
So far aku search kat tenet takde lagi tutorial ni. Memandangkan ni dah bulan April, so sila2kan la ye~.. Moga bermanfaat untuk anda semua! :)
1. Sila tekan link ni : https://e.hasil.gov.my/
Bila keluar page macam kat bawah ni, klik kat 'Login e-Borang'
2. Untuk orang2 biasa
macam aku, yang takde pendapatan dari punca perniagaan (maksud punca
perniagaan ni adalah kalau kita berniaga atas nama syarikat yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ), sila klik
'Login' untuk 'e-Be'.
3. Masukkan No. IC untuk ruang yang atas tu. Kemudian, masukkan kata laluan kat ruang bawah tu.
**Kebiasaannya pengguna
dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sama dengan nombor IC
untuk mengelakkan pengguna tidak terlupa kata laluan.
4. Bila dah dapat login,
akan keluar page macam kat bawah ni. Sila isi maklumat2 yang aku dah
tanda bintang2 tu okei. Sila rujuk EA form anda untuk maklumat2 yang
diperlukan. Dah siap semua, klik 'Teruskan'.
**No. akaun bank
diperlukan untuk memudahkan urusan LHDN memulangkan semula lebihan
bayaran cukai anda untuk tahun sebelumnya. Pastikan jangan lupa isi,
kalau tak nanti anda kena g amek check kat LHDN, kena beratur lama2
hehe.. lecehkannnn~
5. Untuk isi page ni, rujuk EA form yang aku attach kat bawah ni.
- Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 1 tu.
- Untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 2.
Dah siap, klik kat 'Teruskan'.

6. Page ni adalah ruang
untuk anda nak claim pape untuk kurangkan jumlah bayaran cukai anda. Isi
ikut perbelanjaan anda tapi PASTIKAN semua yang anda claim tu ada resit
okei. Kalau tipu, tiba2 ada pegawai LHDN dtg audit, aiyooo tak tau!.
So, isi dengan jujur okei.
7. Untuk ruang insurans
nyawa dan KWSP, sila isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 3 tu
okei. Pastu kalau anda ada bayar zakat, sila isi kat ruangan 'Zakat
& Fitrah'. Kemudian, klik 'Teruskan'.

8. Bila dah selesai, akan keluar page ni untuk Rumusan Cukai. Yang ni tgk elok2 okei.
- Sila rujuk 'Cukai Kena Dibayar Tahun Taksiran 2013'.Itu adalah jumlah cukai yang dikenakan pada anda untuk tahun tu.
- Yang aku tanda nombor 1 tu, sistem bagitau ansuran potongan PCB. Maksudnya anda dah bayar kat LHDN (samaada melalui potongan gaji bulanan ataupon bayar sendiri.)
- Ruang bertanda nombor 2 tu plak jumlah lebihan yang LHDN akan pulang balik pada kita.
Contohnya, syarikat dah
potong gaji anda bulan2 RM20 untuk bayar kat LHDN. Cukup setahun dah
jadi RM240. Tapi bila kira balik, tgk2 cukai anda cuma RM50 je. Ada
balance RM190 kan? So ruang nombor 2 ni akan tunjuk anda akan dapat
balik Rm190 tu. LHDN akan pulang balik samaada melalui cash transfer ke
dalam akaun yang anda dah bagi kat awal2 tadi ataupon anda kena g kat
LHDN untuk ambil check.
Dah siap pastu klik 'Teruskan'.
9. Pastu akan keluar tab macam kat bawah ni plak. Sistem bagitau yang anda isi segala maklumat yang diperlukan (alamat emel, nombor akaun, dll.)
Klik 'OK' selepas anda menyemak segala maklumat tu adalah betul.
10. Bila keluar page
yang ada butang tulis 'Tandatangan & Hantar', klik je pastu anda
print la statement tu untuk rujukan akan datang.
Sekian, semoga membantu! :)
Tuesday, March 17, 2015
Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi
Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi ?
Sebelum ni me tak pernah pun nak buat pembiayaan peribadi atau pun nak
pinjam ah long so tak berapa tahu la bagaimana nak kira kelayakan
pembiayaan peribadi tu. Semalam, me singgah kat bank rakyat dan tanya
bagaimana untuk mengira kelayakan pembiayaan peribadi.So, ilmu yang
sedikit ni, boleh laa dikongsi bersama.Kata sharing is caring.
1) Mula-mula, kira dahulu gaji pokok termasuk semua elaun yang korang
dapat. Bagi sektor kerajaan, ada imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan
tetap perumahan dan bantuan sara hidup. Total ni me namakan sebagai [A].
Contoh :
Gaji Pokok 3540.12
Imbuhan tetap perumahan 180.00
bantuan sara hidup 300.00
imbuhan tetap khidmat awam 160.00
A = 4180.12
2) Totalkan semua potongan yang ada dalam slip gaji terkini korang contohnya potongan PPTN, zakat , tabung haji , bayaran kereta.Total ni me namakan sebagai [B].
PPTN 150
Perumahan 800
Kereta 700
Tabung Haji 200
B = 1850
3) So, kelayakan pembiayaan peribadi korang adalah :- (A * 60% ) - B
Contoh : ( 4180.12* 60% )- 1850
C= 658.072 sebulan boleh dipotong dari gaji korang.
4) Jom tengok jadual pembayaran balik (boleh dapatkan kat bank) , tengok jumlah korang nak pinjam, katakan korang nak pinjam RM30,000. Tengok jumlah kelayakan yang rendah/sama la dengan kelayakan korang dapat tadi seperti C.
Ikut jadual ni, RM607 selama 5 tahun ( 60 bulan ) .
5) Nak tahu maksimum korang boleh pinjam pulak,tengok kat bahagian 20 tahun dan nilai yang hampir dengan jumlah kelayakan korang.Ikut jadual ni, RM655 selama 20 tahun ( 240 bulan ) dan pinjaman bernilai RM77,000.
Faham ker tak faham ? Kalo tak faham korang boleh la faks sahaja slip gaji korang kepada bank yang korang berminat nak buat pembiayaan peribadi tu, lagi mudah. Tunggu ajer jawapan dari diorang..hehehehe

Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda
Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda
Sebelum membeli rumah idaman anda, adalah penting untuk anda semak melihat kelayakan pinjaman perumahan anda supaya anda akan lebih yakin serta tidak membuang banyak masa dan tenaga. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda pastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.
1. Pastikan anda mepunyai rekod CCRIS yang baik. CCRIS (Central Credit Reference Information System)
merupakan rekod bayaran pinjaman anda sama ada pinjaman kereta, kad
kredit, peribadi mahupun rumah yang sedia ada. Anda boleh semak laporan CCRIS
anda di Bank Negara Malaysia. Adalah penting mempunyai rekod bayaran
yang baik untuk meyakinkan pihak Bank agar meluluskan permohonan
pinjaman anda.
2. Pastikan anda juga bebas dari CTOS atau dalam bahasa yang mudah disenarai hitam. Jika anda mempunyai CTOS, maka adalah WAJIB untuk membuat pembayaran segala hutang yang tertunggak sebelum berkira-kira untuk membeli rumah.
* Kadangkala anda tidak sedar anda mempunyai rekod CCRIS yang tidak cantik mahupun CTOS disebabkan anda menjadi penjamin kepada adik-beradik ataupun saudara-mara.
3. Seterusnya, anda boleh mengira
sendiri anggaran kelayakan jumlah pinjaman anda bergantung kepada jumlah
gaji serta komitmen anda atau lebih popular dikenali sebagai DBR (Debt
Burdern Ratio). Ketika artikel ini ditulis, pihak Bank Negara hanya
mengambil kira gaji bersih sahaja. Untuk memudahkan anda membuat kiraan,
saya akan memberikan contoh kes. Bagi mengira jumlah bayaran bulanan
rumah/hartanah yang anda mahu beli, anda boleh menggunakan mana-mana Mortgage/Loan Calculator manakala kadar faedah terkini bank-bank di Malaysia boleh disemak di sini: http://www.adhartanah.com/kalkulator-pinjaman/
http://kpkbaling.com/kalkulator1.html
Kes 1http://kpkbaling.com/kalkulator1.html
- Gaji Bersih: RM3,000
- Bayaran bulanan kereta: RM700
- Bayaran bulanan pinjaman peribadi: RM400
- Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1200 (Berdasarkan harga Rumah RM235,000, Faedah 4.5% serta pinjaman selama 30 tahun)
- Komitmen / Gaji Bersih % : RM800 + RM400 + RM1200 / RM3000 x 100 = 76.67 %
- Gaji Bersih: RM3,500
- Bayaran bulanan kereta: RM800
- Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1000 (Berdasarkan harga Rumah RM200,000, Faedah 4.4% serta pinjaman selama 30 tahun)
- Komitmen / Gaji Bersih % : RM700 + RM1000 / RM3500 x 100 = 51.42 %
- ASB
- Akaun Tabung Haji
- Fixed Deposit
- Tenancy Agreement
- Akaun Emas/Perak
Mengira Interest Kad Kredit
Mengira Interest Kad Kredit
Ahmad baru mengambil kad kredit. Beberapa hari selepas itu Ahmad diajak oleh isterinya, Zaiton untuk membeli-belah di kedai perabot Elephant.
“Abang baru ambil kad kredit. Boleh lah aku belanja sakan”, kata Zaiton di dalam hati. Zaiton pun berbelanja hampir RM 5000 untuk membeli sofa, televisyen dan meja makan baru.Ahmad hanya mampu mengikut sahaja kehendak isterinya itu.
Cuba teka, berapa lama Ahmad perlu bayar hutang kad kreditnya sekiranya dia hanya membayar bayaran minimum dan berapa faedah/interest yang akan dibayarnya?
Untuk makluman bagi mereka yang belum mempunyai kad kredit, setiap pemegang kad kredit mempunyai tempoh tanpa faedah/interest (selalunya 20 hari). Jika guna RM 5000 maka RM 5000 yang perlu dibayar.
Bagaimana jika anda tidak menjelaskan dalam tempoh 20 hari?
Anda akan dikenakan faedah/interest dan juga denda (caj pembayaran lewat).
Jika anda membayar bayaran minimum iaitu 5% daripada hutang kad kredit atau RM 50 (mana lebih tinggi) dalam tempoh 20 hari, anda tidak akan dikenakan denda dan hanya dikenakan interest.
Interest pun dah cukup tinggi wooo.
Kadar faedah bagi mereka yang menjelaskan bayaran minumum ialah 13.5 % setahun iaitu 1.125% sebulan.
Dalam kes Ahmad :
Bulan 1 :
Hutang :RM 5000
Bayaran minimum : RM 250
Interest : (RM 5000 – RM250) X 0.01125 = RM 53.43
Baki hutang = RM 5000 – RM 250 + RM 54.43 = RM 4803.43
Bulan 2 :
Hutang : RM 4803.43
Pembayaran hutang di atas berterusan sehingga Ahmad perlu membayar minumum RM 50 dan bukan lagi 5% dari hutang kerana RM 50 lebih tinggi.
Setelah melakukan pengiraan, Ahmad akan mengambil masa lebih kurang 60 bulan iaitu 5 tahun untuk menjelaskan hutangnya. Ahmad juga akan membayar interest lebih kurang RM 1200.
Banyak kan? Belum lagi kira caj pembayaran lewat jika lambat bayar. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengambil kad kredit.
Sunday, March 15, 2015
Zakat Pendapatan
Kategori: Info Zakat
Diterbitkan: 13 Mei 2014
Ditulis oleh Super User
Takrifan Zakat Pendapatan
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan
Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:
| RM | RM | ||
| Cara 1 | Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab) | ||
| Contoh: RM30,000.00 x 2.5% | 750 | ||
| Cara 2 | Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan) | ||
| Contoh: | |||
| A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) | 30,000 | ||
| B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun) | |||
| 1. Diri | 8,000 | ||
| 2. Isteri | 3,000 | ||
| 3. Anak 4 orang x RM1,000 | 4,000 | ||
| 4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12) | 1,200 | ||
| 5. KWSP (contoh: 11%) | 3,300 | ||
| 6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) | 900 | ||
| Jumlah Tolakan | 20,400 | ||
| C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) | 9,600 | ||
| D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5% | 240 | ||
| E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan) | 20 |
Zakat Emas
Zakat Emas
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahuluâ€.At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Zakat Simpanan
ZAKAT WANG SIMPANAN
Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.
Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00
Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)
-
Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul
-
Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
-
Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.
|
Tarikh
|
Masuk/Dividen
|
Keluar
|
Baki
|
|
1/1/2005
|
2,000.00
|
2,000.00
|
|
|
5/3/2005
|
8,000.00
|
10,000.00
|
|
|
25/10/2005
|
(faedah) 150.00
|
4,500.00
|
5,650.00
|
|
15/3/2006
|
500.00
|
6,150.00
|
|
|
10/4/2006
|
250.00
|
5,900.00
|
-
Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
-
Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)
|
Akaun 1
|
|||
|
Tarikh
|
Masuk/Dividen
|
Keluar
|
Baki
|
|
2/3/2005
|
7,000.00
|
||
|
28/72005
|
500.00
|
6,500.00
|
|
|
30/12/2005
|
300.00
|
6,800.00
|
|
|
15/3/2006
|
6,400.00
|
400.00
|
12,800.00
|
|
2/4/2006
|
2,000.00
|
14,800.00
|
|
|
Akaun 2
|
|||
|
Tarikh
|
Masuk / Dividen
|
Keluar
|
Baki
|
|
1/3/2005
|
7,500.00
|
7,500.00
|
|
|
28/11/2005
|
4,500.00
|
3,000.00
|
|
|
25/3/2006
|
1,500.00
|
4,500.00
|
|
|
20/4/2006
|
100.00
|
4,600.00
|
|
-
Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005
-
Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50
- Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
- Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.
- Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00
Tanggungjawab Pembayar Cukai
Tanggungjawab Pembayar Cukai
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
Menyimpan Rekod
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras Tanah, Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
-
Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
-
Mengira cukai pendapatan.
-
Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
-
Membayar cukai kena dibayar.
Menyimpan Rekod
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
-
Borang EA/EC,
-
Baucar dividen,
-
Resit premium insurans,
-
Resit pembelian buku,
-
Resit perubatan,
-
Resit derma,
-
Resit pembayaran zakat,
-
Sijil kelahiran anak,
-
Sijil nikah,
-
Dokumen-dokumen sokongan lain.
- Helaian kerja (jika ada)
-
Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku
Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...
-
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah . Tahniah buat anda. Dan kepada y...
-
Pilihan Pinjaman Hartanah Fleksi vs Bukan Fleksi Jika anda pernah memohon untuk pinjaman rumah sebelum ini atau sedang mencari untuk mendap...
-
JAN 2015: Base Rate / Kadar Asas menggantikan BLR/BFR Bermula 2015 Kebanyakan bank utama mulai melaksanakan Kadar Asas atau Base...