Tuesday, March 17, 2015
Mengira Interest Kad Kredit
Mengira Interest Kad Kredit
Ahmad baru mengambil kad kredit. Beberapa hari selepas itu Ahmad diajak oleh isterinya, Zaiton untuk membeli-belah di kedai perabot Elephant.
“Abang baru ambil kad kredit. Boleh lah aku belanja sakan”, kata Zaiton di dalam hati. Zaiton pun berbelanja hampir RM 5000 untuk membeli sofa, televisyen dan meja makan baru.Ahmad hanya mampu mengikut sahaja kehendak isterinya itu.
Cuba teka, berapa lama Ahmad perlu bayar hutang kad kreditnya sekiranya dia hanya membayar bayaran minimum dan berapa faedah/interest yang akan dibayarnya?
Untuk makluman bagi mereka yang belum mempunyai kad kredit, setiap pemegang kad kredit mempunyai tempoh tanpa faedah/interest (selalunya 20 hari). Jika guna RM 5000 maka RM 5000 yang perlu dibayar.
Bagaimana jika anda tidak menjelaskan dalam tempoh 20 hari?
Anda akan dikenakan faedah/interest dan juga denda (caj pembayaran lewat).
Jika anda membayar bayaran minimum iaitu 5% daripada hutang kad kredit atau RM 50 (mana lebih tinggi) dalam tempoh 20 hari, anda tidak akan dikenakan denda dan hanya dikenakan interest.
Interest pun dah cukup tinggi wooo.
Kadar faedah bagi mereka yang menjelaskan bayaran minumum ialah 13.5 % setahun iaitu 1.125% sebulan.
Dalam kes Ahmad :
Bulan 1 :
Hutang :RM 5000
Bayaran minimum : RM 250
Interest : (RM 5000 – RM250) X 0.01125 = RM 53.43
Baki hutang = RM 5000 – RM 250 + RM 54.43 = RM 4803.43
Bulan 2 :
Hutang : RM 4803.43
Pembayaran hutang di atas berterusan sehingga Ahmad perlu membayar minumum RM 50 dan bukan lagi 5% dari hutang kerana RM 50 lebih tinggi.
Setelah melakukan pengiraan, Ahmad akan mengambil masa lebih kurang 60 bulan iaitu 5 tahun untuk menjelaskan hutangnya. Ahmad juga akan membayar interest lebih kurang RM 1200.
Banyak kan? Belum lagi kira caj pembayaran lewat jika lambat bayar. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengambil kad kredit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku
Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...
-
Tutorial cara isi e-Filing LHDN Assalamualaikum.. Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat n...
-
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah . Tahniah buat anda. Dan kepada y...
-
Top Overhaul dan Full Overhaul Motorsikal Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..Ada yang cakap overhaul sama semaksud bara...
No comments:
Post a Comment