Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras Tanah, Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
-
Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
-
Mengira cukai pendapatan.
-
Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
-
Membayar cukai kena dibayar.
Menyimpan Rekod
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
-
Borang EA/EC,
-
Baucar dividen,
-
Resit premium insurans,
-
Resit pembelian buku,
-
Resit perubatan,
-
Resit derma,
-
Resit pembayaran zakat,
-
Sijil kelahiran anak,
-
Sijil nikah,
-
Dokumen-dokumen sokongan lain.
- Helaian kerja (jika ada)
-
Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
No comments:
Post a Comment