Cara-cara nk renew roadtax and insurance
Roadtax and insurance benda yg penting kena ada bila kita ada kenderaan.
Kalau xda roadtax boleh kena saman dgn tuan trafik atas sebab melanggar
undang-undang negara. Kalau xda insurance n tetiba terlibat dgn
kemalangan, tiada perlindungan ke atas kerugian yg di alami.. Kalau di
Malaysia, semua kenderaan mesti ada at least third party insurance. Ada 2
jenis insurans yg kita boleh pilih :
a) Comprehensive- untuk cover kerugian kita dan pihak ketiga yg terlibat dalam kemalangan yg sama
b) Third party- untuk cover kerugian pihak ketiga saja. Kerugian kita
cover la sdri guna duit simpanan (kalau ada, kalau x da guling2 dulu
kut2 nnt dpt la jalan kt mana nk boleh dpt duit)
Premium (utk insurans conventional) atau Contribution (dlm istilah
Takaful -Islamic insurance) adalah bayaran yg perlu kita bayar utk
setahun. Nilai Premium atau contribution ni dinilai dari jumlah yang
diinsuranskan. Selalunya, bayaran utk kali pertama insurance ni akan
lebih mahal. Utk tahun2 kemudian nilai premium/contribution akan jd
lebih murah dari tahun ke tahun. Sebab-sebabnya adalah kereta/motor
adalah aset tak x tetap- jd nilai aset akan susut dari tahun ke tahun.
kalau nilai dah susut mesti lah nilai yg diinsurankan turut tersusut
kan3..xkan lah nk insurkan *eerr ada ka ayat insurkan??*
nilai insuran lbh dari nilai kereta sebenar kan3..selain tu utk renew
seterusnya kita akan dapat NCD (No Claim Discount) sebanyak 25% utk thn
kedua, 30% utk thn ketiga dan peratus ni meningkat setiap thn..jadi, lg
murah la kita bayar nilai premium and coverage setiap tahun.
Untuk renew roadtax dan insurance kereta/motor ada 3 cara:
1) Sendiri pergi ke JPJ / Insurance Agent / Pejabat Pos
Renew roadtax boleh buat kat JPJ,kemudian kena pegi kat insurance agent
yg kita nak utk renew insurance pulak.Susah la sket kena pegi byk
tempat. Tapi rasanya ada JPJ yg ada booth utk insurance agent.
Kalau kat Pejabat Pos boleh renew dua2..sgt sure boleh.hehe so nk senang buat kt Pejabat Pos sudah.
Dokumen - dokumen yang perlu dibawa:
a) Geran Asal
b) Sijil Insurance yg lama
c) Duit yg mencukupi.
Pegi kt Pejabat pos, amik nombor, tunggu giliran, smpai masa, ckp dgn
pegawai pos tu nk renew and bg semua dokumen kat dia. zap zup zap
zup..tadaaaaa!! dia bg sijil/polisi insurance yg baru dan roadtax yg
baru. dah siap..pastu masuk keta pap! lekat roadtax baru kat cermin
keta,kalau motor x boleh lekat, simpan lah kt mana2 yg senang dibawa
slalu.
2) Melalui http://www.myeg.com.my/index.html
Sangat la best boleh renew via online sahaja..tetapi perkhidmatan ini
adalah utk KERETA SAHAJA , SISTEM BELUM LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI
UNTUK MOTORSIKAL ATAU
KENDERAAN OKU. Terima kasih kakak pejabat pos, kerana andA sy research
sendiri jwpan yg sy tnya td. X kawen lagi pn dh tau juga kak..
Cara-cara nya..memula register dulu bg yg masih blum ada akaun. Kemudian
klik pautan JPJ utk renew roadtax, kemudian langkah seterusnya dia akan
tnya nk x renew insurance. Pilih syarikat insurance yg kita nak, isi
semua tempat kosong yg wajib diisi, then bayar guna online banking atau
credit card..Nanti drg akan pos roadtax n polisi insuran kt alamat yg
korang nak. Siappp!
3) Melalui agent.
Yang ni kita suruh je la agent buat.Senang ja. Bayaran mesti mahal sket
dari biasa sbb tambah upah agen.Tapi owh tapi kena ingat risiko nk kena
tipu, nak nak pulak perempuan yg x kawen lg ni kan..Pandangan saya, utk
kali pertama baiklah buat sendiri, tahu sikit2 pasal benda ni, lps tu
kalau bz sgt upah la org buatkan. bukan apa, kalau dh tau sikit2, nnti
kalau x puas hati boleh ada sebab yg munasabah utk x puas hati n boleh
la tnya balik kan. Ye dak?
Semoga tips ni dapat membantu sesape yg nk renew roadtax n insurance masing2. Good Luck!
Updated: Nilai minimum yg diinsurankan utk Comprehensive bg etiqa
Takaful adalah RM12,000..Bagi beberapa Insuran lain masih terdapat
nilai minimum RM 10,000..Nilai minimum adalah tetap walaupun nilai
kereta menjadi susut. *xsuka dgn undang2 terbaru ni*
May peace be upon you..Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku
Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...
-
Tutorial cara isi e-Filing LHDN Assalamualaikum.. Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat n...
-
Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah . Tahniah buat anda. Dan kepada y...
-
Top Overhaul dan Full Overhaul Motorsikal Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..Ada yang cakap overhaul sama semaksud bara...
No comments:
Post a Comment