Friday, April 3, 2015

Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS

Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS



Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online

Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.
Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.
Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.

Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

Klik untuk Besarkan
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah

Klik Untuk Besarkan
  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,

klik untuk Besarkan
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.
Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.
Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.

Sumber : Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS

Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan




Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan

Maka, saya ambil inisiatif ini untuk memberitahu bagaimana cara nak semak nombor pendaftaran SSM perniagaan secara online.

E-info SSM Semak Online Pendaftaran Perniagaan
Adalah penting untuk sesebuah perniagaan itu berdaftar dengan SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walaupun ia hanya menjalankan perniagaan secara online. Ini adalah kerana mana-mana perniagaan termasuklah perniagaan online tertakluk di dalam Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Lagipun, dengan adanya pendaftaran SSM ini, perniagaan kita ada kredibiliti dan bakal pelanggan pun ada keyakinan nak beli produk, sebab ia satu perniagaan sah berdaftar.

Penting bukan sahaja kepada perniagaan itu, tetapi penting juga untuk melindungi pengguna (pelanggan). Dan kerana itu, jika anda blogger, ada bisnes dan jual produk serta servis secara online di blog atau ada blogniaga, daftarlah dengan SSM ini. Ia juga merupakan salah satu tips perniagaan online - blogshop yang saya pernah kongsikan di entri ini - 7 Tips Blogniaga Menerima Pengunjung

Ok. Itu untuk blogger yang ada blog niaga atau blog shop ... dengan kata lain ada bisnes online. Sekarang, untuk bakal pelanggan, pembeli, yang suka shopping online, yang suka beli belah di facebook, di blog, di instagram .. nak semak pendaftaran SSM sesuatu perniagaan, bolehlah ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Bagaimana Buat Semakan Pendaftaran SSM Perniagaan Secara Online

Langkah Pertama

Buka laman web ini - https://www.ssm-einfo.my. Memandangkan ia sebuah laman web secure https; saya sangat syorkan anda buka menggunakan Crome atau Internet Explorer. Setakat entri ini ditulis, apabila saya buka guna Firefox, ia ada masalah nak loading. 

Jika dah daftar sebelum ini, masukkan username dan password. Jika belum atau tak pasti, klik bahagian bawah tu .. Register e-Account. Pendaftaran percuma.

Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online
Ruang pendaftaran adalah seperti di atas. Isikan username nak digunakan, dan juga password. Isikan image verification yang dipaparkan. Ia case sensitive, jika huruf besar, maka gunakan huruf besar.

Kemudian, klik terma syarat tu, dan klik Submit. Selang beberapa minit, semak email anda. Anda akan dapat satu pemberitahuan mengenai pendaftaran anda - ada username serta password.

Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Kedua

Apabila selamat daftar. Anda kembali ke laman web SSM e-Info tadi. Login menggunakan username dan password anda. Sekali lagi, image verification masukkan dengan betul. Klik submit.

Langkah Ketiga

Setelah anda klik butang submit tadi, anda akan diberikan paparan seperti di bawah ini. Pilih Search seperti ditunjukkan.

Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Keempat

Anda kini sudah boleh semakan pendaftaran SSM mana-mana perniagaan samada online atau offline. Ada dua cara, samada menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut atau menggunakan nama perniagaan. Anda harus tahu, nama syarikat adalah tidak sama dengan nama perniagaan. Ada syarikat yang boleh ada dua perniagaan. - dengan nama lain-lain. Jadi jangan keliru.

Bagaimana nak semak pendaftaran SSM perniagaan secara online
Hasil carian akan ditunjukkan di bawah kolum tersedia di bawah carian tadi seperti ditunjukkan dalam paparan di atas.

Selesai.

Harapnya dengan perkongsian ini, dapatlah anda sebagai pengguna, sebagai kaki shopping online periksa dan menyemak nombor pendaftaran SSM sesebuah syarikat atau perniagaan online dengan mudah.

Sebelum ini ada satu aplikasi tu dalam Google Play, tetapi saya lupa. Tak tahu samada masih ada atau boleh digunakan lagi untuk buat semakan seperti di atas.

Semoga bermanfaat. In Sha Allah.

Thursday, April 2, 2015

Tutorial cara isi e-Filing LHDN

Tutorial cara isi e-Filing LHDN

Assalamualaikum..

Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat nak tolong orang lain isi. Tak payah susah2 nak start enjin keta g kat LHDN pastu beratur lama2 nak tunggu turn nak isi kat komputer deorang. Kita pon ada internet apa kannnn? Tak yah pakai internet deorang (ayat berlagak huhhh!)

So far aku search kat tenet takde lagi tutorial ni. Memandangkan ni dah bulan April, so sila2kan la ye~.. Moga bermanfaat untuk anda semua! :)


1. Sila tekan link ni : https://e.hasil.gov.my/
    Bila keluar page macam kat bawah ni, klik kat 'Login e-Borang'





2. Untuk orang2 biasa macam aku, yang takde pendapatan dari punca perniagaan (maksud punca perniagaan ni adalah kalau kita berniaga atas nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ), sila klik 'Login' untuk 'e-Be'.


3. Masukkan No. IC untuk ruang yang atas tu. Kemudian, masukkan kata laluan kat ruang bawah tu. 
**Kebiasaannya pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sama dengan nombor IC untuk mengelakkan pengguna tidak terlupa kata laluan.


4. Bila dah dapat login, akan keluar page macam kat bawah ni. Sila isi maklumat2 yang aku dah tanda bintang2 tu okei. Sila rujuk EA form anda untuk maklumat2 yang diperlukan. Dah siap semua, klik 'Teruskan'.
**No. akaun bank diperlukan untuk memudahkan urusan LHDN memulangkan semula lebihan bayaran cukai anda untuk tahun sebelumnya. Pastikan jangan lupa isi, kalau tak nanti anda kena g amek check kat LHDN, kena beratur lama2 hehe.. lecehkannnn~


5. Untuk isi page ni, rujuk EA form yang aku attach kat bawah ni.

- Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 1 tu.
- Untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 2.

Dah siap, klik kat 'Teruskan'.


                                 

6. Page ni adalah ruang untuk anda nak claim pape untuk kurangkan jumlah bayaran cukai anda. Isi ikut perbelanjaan anda tapi PASTIKAN semua yang anda claim tu ada resit okei. Kalau tipu, tiba2 ada pegawai LHDN dtg audit, aiyooo tak tau!. So, isi dengan jujur okei.



7. Untuk ruang insurans nyawa dan KWSP, sila isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 3 tu okei. Pastu kalau anda ada bayar zakat, sila isi kat ruangan 'Zakat & Fitrah'. Kemudian, klik 'Teruskan'.



                                   

8. Bila dah selesai, akan keluar page ni untuk Rumusan Cukai. Yang ni tgk elok2 okei.

  • Sila rujuk 'Cukai Kena Dibayar Tahun Taksiran 2013'.Itu adalah jumlah cukai yang dikenakan pada anda untuk tahun tu.


  • Yang aku tanda nombor 1 tu, sistem bagitau ansuran potongan PCB. Maksudnya anda dah bayar kat LHDN (samaada melalui potongan gaji bulanan ataupon bayar sendiri.)


  • Ruang bertanda nombor 2 tu plak jumlah lebihan yang LHDN akan pulang balik pada kita. 

Contohnya, syarikat dah potong gaji anda bulan2 RM20 untuk bayar kat LHDN. Cukup setahun dah jadi RM240. Tapi bila kira balik, tgk2 cukai anda cuma RM50 je. Ada balance RM190 kan? So ruang nombor 2 ni akan tunjuk anda akan dapat balik Rm190 tu. LHDN akan pulang balik samaada melalui cash transfer ke dalam akaun yang anda dah bagi kat awal2 tadi ataupon anda kena g kat LHDN untuk ambil check.

Dah siap pastu klik 'Teruskan'.


9. Pastu akan keluar tab macam kat bawah ni plak. Sistem bagitau yang anda isi segala maklumat yang diperlukan (alamat emel, nombor akaun, dll.)
Klik 'OK' selepas anda menyemak segala maklumat tu adalah betul.



10. Bila keluar page yang ada butang tulis 'Tandatangan & Hantar', klik je pastu anda print la statement tu untuk rujukan akan datang.


Sekian, semoga membantu! :)

Tuesday, March 17, 2015

Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi

Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi ?


Sebelum ni me tak pernah pun nak buat pembiayaan peribadi atau pun nak pinjam ah long so tak berapa tahu la bagaimana nak kira kelayakan pembiayaan peribadi tu. Semalam, me singgah kat bank rakyat dan tanya bagaimana untuk mengira kelayakan pembiayaan peribadi.So, ilmu yang sedikit ni, boleh laa dikongsi bersama.Kata sharing is caring.


1) Mula-mula, kira dahulu gaji pokok termasuk semua elaun yang korang dapat. Bagi sektor kerajaan, ada imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup. Total ni me namakan sebagai [A].

Contoh :

Gaji Pokok 3540.12
Imbuhan tetap perumahan 180.00
bantuan sara hidup 300.00
imbuhan tetap khidmat awam 160.00

A = 4180.12


2) Totalkan semua potongan yang ada dalam slip gaji terkini korang contohnya potongan PPTN, zakat , tabung haji , bayaran kereta.Total ni me namakan sebagai [B].

PPTN 150
Perumahan 800
Kereta 700
Tabung Haji 200

B = 1850
3) So, kelayakan pembiayaan peribadi korang adalah :- (A * 60% ) - B

Contoh : ( 4180.12* 60% )- 1850

C= 658.072 sebulan boleh dipotong dari gaji korang.
4) Jom tengok jadual pembayaran balik (boleh dapatkan kat bank)  , tengok jumlah korang nak pinjam, katakan korang nak pinjam RM30,000. Tengok jumlah kelayakan yang rendah/sama la dengan kelayakan korang dapat tadi seperti C.

Ikut jadual ni, RM607 selama 5 tahun ( 60 bulan ) .



5) Nak tahu maksimum korang boleh pinjam pulak,tengok kat bahagian 20 tahun dan nilai yang hampir dengan jumlah kelayakan korang.Ikut jadual ni, RM655 selama 20 tahun ( 240 bulan ) dan pinjaman bernilai RM77,000.





Faham ker tak faham ? Kalo tak faham korang boleh la faks sahaja slip gaji korang kepada bank yang korang berminat nak buat pembiayaan peribadi tu, lagi mudah. Tunggu ajer jawapan dari diorang..hehehehe

Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

Semak Kelayakan
Sebelum membeli rumah idaman anda, adalah penting untuk anda semak melihat kelayakan pinjaman perumahan anda supaya anda akan lebih yakin serta tidak membuang banyak masa dan tenaga. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda pastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.

 1. Pastikan anda mepunyai rekod CCRIS yang baik. CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan rekod bayaran pinjaman anda sama ada pinjaman kereta, kad kredit, peribadi mahupun rumah yang sedia ada. Anda boleh semak laporan CCRIS anda di Bank Negara Malaysia. Adalah penting mempunyai rekod bayaran yang baik untuk meyakinkan pihak Bank agar meluluskan permohonan pinjaman anda.


 2. Pastikan anda juga bebas dari CTOS atau dalam bahasa yang mudah disenarai hitam. Jika anda mempunyai CTOS, maka adalah WAJIB untuk membuat pembayaran segala hutang yang tertunggak sebelum berkira-kira untuk membeli rumah.

 * Kadangkala anda tidak sedar anda mempunyai rekod CCRIS yang tidak cantik mahupun CTOS disebabkan anda menjadi penjamin kepada adik-beradik ataupun saudara-mara.

 3. Seterusnya, anda boleh mengira sendiri anggaran kelayakan jumlah pinjaman anda bergantung kepada jumlah gaji serta komitmen anda atau lebih popular dikenali sebagai DBR (Debt Burdern Ratio).  Ketika artikel ini ditulis, pihak Bank Negara hanya mengambil kira gaji bersih sahaja. Untuk memudahkan anda membuat kiraan, saya akan memberikan contoh kes. Bagi mengira jumlah bayaran bulanan rumah/hartanah yang anda mahu beli, anda boleh menggunakan mana-mana Mortgage/Loan Calculator  manakala kadar faedah terkini bank-bank di Malaysia boleh disemak di sini: http://www.adhartanah.com/kalkulator-pinjaman/
http://kpkbaling.com/kalkulator1.html
Kes 1

  • Gaji Bersih: RM3,000
  • Bayaran bulanan kereta: RM700
  • Bayaran bulanan pinjaman peribadi: RM400
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1200 (Berdasarkan harga Rumah  RM235,000, Faedah 4.5% serta pinjaman selama 30 tahun)
  • Komitmen / Gaji Bersih %     :   RM800 + RM400 + RM1200 / RM3000 x 100  =   76.67 %
Kes 2

  • Gaji Bersih: RM3,500
  • Bayaran bulanan kereta: RM800
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1000 (Berdasarkan harga Rumah  RM200,000, Faedah 4.4% serta pinjaman selama 30 tahun)
  •  Komitmen / Gaji Bersih %     :   RM700 + RM1000 / RM3500 x 100  =   51.42 %
Jika anda mempunyai DBR 60% ke bawah (seperti Kes 2), peluang anda untuk mendapat pnjaman boleh dikatakan cerah. Jika anda mempunyai atas DBR melebihi 70% (seperti kes 1), anda mungkin sukar mendapat pinjaman atas alasan “komitmen yang  Tinggi”. Walaupun begitu, sesetengah bank meletakkan DBR yang sangat rendah antara 40-50%. Jadi, semakin rendah DBR anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat pinjaman. Seandainya anda tergolong dalam golongan yang mempuyai komitmen Tinggi, dokumen-dokumen berikut mengkin dapat membantu anda meyakinkan pihak bank:

  1. ASB
  2. Akaun Tabung Haji
  3. Fixed Deposit
  4. Tenancy Agreement
  5. Akaun Emas/Perak

Mengira Interest Kad Kredit


Mengira Interest Kad Kredit

Ahmad baru mengambil kad kredit. Beberapa hari selepas itu Ahmad diajak oleh isterinya, Zaiton untuk membeli-belah di kedai perabot Elephant.

“Abang baru ambil kad kredit. Boleh lah aku belanja sakan”, kata Zaiton di dalam hati. Zaiton pun berbelanja hampir RM 5000 untuk membeli sofa, televisyen dan meja makan baru.Ahmad hanya mampu mengikut sahaja kehendak isterinya itu.



Cuba teka, berapa lama Ahmad perlu bayar hutang kad kreditnya sekiranya dia hanya membayar bayaran minimum dan berapa faedah/interest yang akan dibayarnya?

Untuk makluman bagi mereka yang belum mempunyai kad kredit, setiap pemegang kad kredit mempunyai tempoh tanpa faedah/interest (selalunya 20 hari). Jika guna RM 5000 maka RM 5000 yang perlu dibayar.

Bagaimana jika anda tidak menjelaskan dalam tempoh 20 hari?
Anda akan dikenakan faedah/interest dan juga denda (caj pembayaran lewat).

Jika anda membayar bayaran minimum iaitu 5% daripada hutang kad kredit atau RM 50 (mana lebih tinggi) dalam tempoh 20 hari, anda tidak akan dikenakan denda dan hanya dikenakan interest.

Interest pun dah cukup tinggi wooo.

Kadar faedah bagi mereka yang menjelaskan bayaran minumum ialah 13.5 % setahun iaitu 1.125% sebulan.

Dalam kes Ahmad :
Bulan 1 :
Hutang :RM 5000
Bayaran minimum : RM 250
Interest : (RM 5000 – RM250) X 0.01125 = RM 53.43
Baki hutang = RM 5000 – RM 250 + RM 54.43 = RM 4803.43

Bulan 2 :
Hutang : RM 4803.43

Pembayaran hutang di atas berterusan sehingga Ahmad perlu membayar minumum RM 50 dan bukan lagi 5% dari hutang kerana RM 50 lebih tinggi.

Setelah melakukan pengiraan, Ahmad akan mengambil masa lebih kurang 60 bulan iaitu 5 tahun untuk menjelaskan hutangnya. Ahmad juga akan membayar interest lebih kurang RM 1200.

Banyak kan? Belum lagi kira caj pembayaran lewat jika lambat bayar. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengambil kad kredit.

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014



Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014

Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.

Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan

Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran. Anda wajib tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
  1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  2. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  3. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  4. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  5. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli. Kalau nak fotostat disana tidak boleh dan kalau ada pun kos mahal 50sen sekeping.
  6. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  7. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
  8. Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja.
  9. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.Malas nak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh beli insuran takaful kenderaan dengan kami. Cuma mesej nama dan nombor mykad pembeli ke 019-2839090 dan beritahu kami anda hendak beli kenderaan baru pada tarikh sekian-sekian.
  10. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  11. Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  13. Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  14. Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja.
  15. Ambil nombor giliran dan tunggu.
  16. Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  17. Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  18. Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
  19. Selesai.
Itu dia prosidur baru untuk tukar hakmilik kenderaan yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2014 ini.
Terima kasih kerana membaca. Sila jemput datang lagi untuk panduan-panduan dan maklumat lain yang berguna dan terkini.

Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku

Kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniaga...